DRAF TEKS UCAPAN ALUAN
YBG TAN SRI DATO SERI DR YAHAYA IBRAHIM
DI MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PENUBUHAN PERSATUAN ALUMNI MAKTAB KIRKBY MALAYSIA
Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Dif-Dif Kehormat, bekas pelajar Maktab Kirkby dan para hadirin sekelian.
Saya amat bersyukur pada hari ini atas kehadiran Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, yang telah sudi menerima undangan kita untuk datang merasmikan Mesyuarat Agung Penubuhan Persatuan Alumni Maktab Kirkby Malaysia. Kehadiran Tan Sri dalam majlis ini amat bermakna dan cukup kita hargai dan sanjung tinggi, kerana walaupun cukup sibuk dengan pelbagai tugas penting di pejabat, Tan Sri sanggup “turun padang” untuk bertanya khabar, mendengar sendiri cadangan atau pandangan kami bekas guru-guru atau bekas pegawai perkhidmatan pelajaran yang telah bersara.
Saya berpendapat kehadiran Tan Sri di majlis ini telah menunjukkan contoh teladan yang baik bagaimana budaya kerja “Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan” itu dapat dilaksanakan tanpa banyak halangan birokrasi. Saya sendiri agak terkejut apabila surat jemputan saya dijawab dalam masa dua minggu sahaja oleh Encik Shukur, pegawai di Pejabat Menteri Pelajaran, yang menyatakan Tan Sri bersetuju akan hadir pada 8 Jun, yang memerlukan kami mengadakan persedian dalam tempoh 10 hari. Kata pepatah Melayu “tiada beban batu digalas” maka mahu tidak mahu terpaksalah semua AJK Persatuan digerakkan untuk menggalas pelbagai kerja-kerja persiapan untuk menjayakan majlis ini.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan dalam AJK Protem yang telah berkhidmat sejak hampir setahun lalu, menjayakan majlis Grand Reunion dan Konvensyen Pendidikan yang berlangsung pada bulan November 2008, dan mereka jugalah yang bekerja kuat selama dua minggu untuk membuat persediaan menerima kedatangan Tan Sri merasmikan majlis ini. Sungguh jelas mereka adalah ULAMAK – Usia Lanjut Masih Aktif, bukan ULAM – Usia Lanjut Malas, bukan juga ULAR – Usia Lanjut Relaks dan jauh sekali jadi ULAT – Usia Lanjut Tidor. Jika ada konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat, saya ingin kemukakan konsep “Memberi Sumbangan Sepanjang Hayat” yakni selagi nyawa dikandung badan selagi itulah kita aktif membuat kerja dan amal bakti untuk masyarakat.
Saya juga amat berterima kasih kepada Tan Sri Ismail Adam Ketua Pengarah JPA yang membenarkan kami mengguna fasiliti di INTAN dan kepada Dr Muhamad Hamzah Pengarah INTAN dan Encik Nik Rashid Pendaftar INTAN serta pegawai-pegawainya yang telah memberi pelbagai bantuan. Juga Dato Alimuddin Md Dom Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Zulkarnain Awang KSU Kementerian Pelajaran, serta pegawai-pegawai di Kementerian Pelajaran yang cukup menyokong atau ‘very supportive in education matters’. Selain itu saya juga berterima kasih kepada UPSI yang dipimpin Dato Prof Dr Aminah Ayob kerana banyak membantu kerja-kerja kami. Izinkan saya menjual serangkap pantun:
Terima Kasih Daun Keladi,
Daun Keladi tepi perigi,
Bantuan tuan kami amat hargai,
Kalau boleh masa depan bantulah lagi.
Tan Sri dan hadirin sekelian,
Saya agak ramai yang yang mushkil dan tertanya-tanya mengapa hanya sekarang selepas 50 tahun persatuan bekas alumni Maktab Kirkby ini ditubuhkan? Sebenarnya sebuah persatuan alumni Maktab Kirkby telah wujud dahulu dalam tahun 1953 dan bergerak aktif hingga tahun 1975. Oleh kerana pelbagai masalah akhirnya persatuan ini mati tanpa kubur. Selepas itu pelbagai aktiviti alumni Kirkby merupakan ad-hoc termasuklah Perayaan Golden Anniversary 50 Tahun Kirkby pada tahun 2001. Kemudian beberapa batch mengadakan re-union masing-masing hinggalah pada tahun lepas kita menganjurkan Grand Reunion di PICC Putrajaya yang dihadiri lebih kurang 150 alumni Kirkby pelbagai batches.
Tujuan kita menubuhkan Persatuan Alumni Kirkby ialah supaya wujud satu wadah rasmi yang sah di sisi undang-undang, yang mana melalui persatuan ini pelbagai aktiviti yang terancang dapat dilaksanakan, aktiviti-aktiviti yang membawa manfaat kepada ahli dan juga masyarakat. Persatuan ini berkonsepkan “One for all and all for one” yakni kita sama-sama bekerja dan berkorban untuk faedah semua, bukan secara ad-hoc di mana satu dua orang buat kerja yang lain tunggu sahaja bila nak buat re-union. Lagipun saya dan ramai kawan-kawan berpendapat sampai bila aktiviti kita tertumpu kepada Reunion sahaja yang melibatkan kita sama kita sahaja berjumpa beramai-ramai, bercerita peristiwa lama, karaoke dan makan sahaja? Pada pendapat saya tentu kita berupaya dapat melakukan banyak lagi aktiviti kebajikan kepada masyarakat jika wujud satu persatuan yg formal dan sah.
Semangat Bersatu dalam satu Pasukan atau “Espirit de corps” hendaklah dihayati oleh setiap Kirkbyites atau Kirkbians, jangan kita berpecah-pecah mengikut batch, mengikut kaum atau mengikut fahaman politik. Marilah kita kembali kepada semangat semasa kita menuntut di Kirkby dahulu sebagai SATU Malaya (1952-57) tanpa mengira batas-batas bangsa, agama, budaya atau perkauman. Ingat kitalah yang menjayakan eksperimen Kerajann Koloni Inggeris untuk mewujudkan sebuah BANGSA MALAYA yang pluralistik dan haterogeneous di mana pelbagai bangsa Malaya dapat hidup bersama dan berkongsi impian yang sama – Negera yang aman dan makmur yang penduduknya saling hormat menghormati. Malah inilah yang menjadi kebanggaan Kirkby – A Minituare Malaya ini United Kingdom, where Malayans of different races, religion and background, could live and study together, sharing festivals yang sekarang disebut Kongsi Raya. Saya percaya pengalaman selama 2 tahun di Kirkby yang pluraistic and multi culture sangat-sangat dihargai (treasured) oleh kita semua dan diceritakan kepada murid-murid dan rakan-rakan guru di sekolah, bukan untuk glamour tetapi sebagai contoh teladan bagaimana sejak awal tahun 1950-an lagi BANGSA MALAYA bukan satu konsep atau khayalan tetapi satu kenyataan di Kirkby dan selepas eksperimen Kirkby berjaya telah diduplicate di Brinsford dan Maktab Kota Bharu Kelantan dan hari ini hampir kesemua pelajar Universiti dan Institut Perguruan terbuka kepada pelbagai bangsa.
Kirkby is a unique educational experiment and Kirkby stories will be told and retold a thousand times, as long as the Kirbyites are still alive. But all of us are not getting any younger as the pioneer batch is 81 plus (I am already a octogenarian) and the last batch of Kirkbyites is around 70 years, sooner or later we will depart from this world to the hereafter. Being ‘warga mas’ doesnt mean that we should take a long rest, instead we must show example that we are still an asset to the society especially to the education world. As YAB Pak Lah mentioned in his speech in 2004, retirees are in fact “hidden talents, the undiscovered gems”:
Changes to the education system, no matter how ambitious and far reaching, will take time to yield results. We must also think about the hidden talents, the undiscovered gems already in our midst”
(YAB Dato Seri Abdullah Hj Abdullah Ahmad Badawi, Towards A Better Future, 13 Jan 2004)
Daripada kenyataan YAB Perdana Menteri tersebut jelaslah pendidikan negara kita amat memerlukan perubahan menyeluruh khususnya perubahan dari segi pengurusan dan pentadbiran, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan juga perubahan dalam kurikulum. Semua pihak perlu digembleng untuk membawa perubahan ini, termasuklah bekas guru dan pegawai pendidikan yang bersara.
Saya berharap Persatuan Alumni Maktab Kirkby Malaysia sebagai NGO yang terlibat dalam pendidikan dapat memainkan peranan sebagai jambatan yang menghubung antara Kementerian Pelajaran dengan guru-guru Kirkby yang telah bersara, supaya Kerajaan dapat memanfaatkan segala pengalaman yang telah terkumpul selama lebih 30 tahun berkhidmat sebagai guru dan pensyarah. Besar kemungkinan Kerajaan akan menimbangkan untuk mewujudkan SKIM PASCA PERKHIMATAN (Post Service Scheme) dalam bidang-bidang tertentu yang kritikal yang kita kekurangan (defisit) tenaga pakar, seperti kekurangan guru bahasa Inggeris, guru Maths dan Sains atau guru sukan. Saya percaya masalah kekurangan guru Inggeris dapat diatasi jika kepakaran dan pengalaman lebih kurang 2,000 guru Kirkby dan 2,000 guru Brinsford Lodge dapat kita manfaatkan melalui Skim Pasca Perkhidmatan ini.
Sekian, dengan lafaz Bismillah Hirrahman Nirrahim saya rasmikan Mesyuarat Agung Penubuhan Persatuan Alumni Maktab Kirkby Malaysia dan saya doakan semoga persatuan ini akan memberi manfaat kepada ahli-ahlinya dan juga dapat memberi sumbang bakti kepada bidang pendidikan dan juga kepada seluruh masyarakat.
Wabillahi-Taufik walhidayah, assalamualaikum dan salam sejahtera.
Friday, July 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment